Ruangan Kraftangan

Ruangan di blog ini adalah mengenai seputar kerja seni saya di dalam pembuatan kraftangan...tak kiralah apa saja yang unik2 saya suka buat. Keutamaan adalah pada kerja seni perhiasan dawai. Saya lebih suka sebut WIRE JEWELRY. Yang lain-lainnya saya buat sampingan saja.

Saya juga ada kedai maya iaitu :-

1. Lefthanded Creation
2. BlouseKu

Jumaat, 27 Ogos 2010

Tempahan Raya

27/8/10

Hari ini ingat boleh lah selesaikan tempahan raya yang mendatang...arkhhh !!! Hana pulak kena cirit birit dan muntah...salah makan kata doktor.  Biasalah bb bila tak sihat..macam2 yang tak kena...Dah la 2 hari lepas order barang; sampai setengah ja...yang penting tak sampai..kena tunggu esok maybe barang sampai.  Dalam duk letih seharian melayan bb tak sihat ada lagi order masuk....mudah-mudahan adalah sedikit rezeki yang boleh dikongsi dengan anak-anak sedara....nak harap bonus pakai dak dah....

Esok ada appointment bukak posa dengan orang so siangnya kena selesaikan kerja rumah yang masih belambaklah.  31 Ogos akan datang nak kena jemput jugak bibik datang umah kemas yang berat2 dan yang tinggi2...3 set subang untuk kanak-kanak ikut design saya.....nak buat macammana ya..yang pasti kena pakai dawai 14K....Mudah-mudahan mimpi nanti dapat idea..........ZZzzzzzzzzzzzzzzzzzz